SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
ABSTRAK
Sistem pengurusan pembelajaran merupakan suatu bentuk sistem yang dapat membantu murid bagi menguruskan pembelajaran dengan lebih berdisiplin. Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu pelajar-pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu, kolaborasi subjek, pemantauan, tugasan / latihan, ulang kaji dan peperiksaan. Sistem pengurusan pembelajaran ini mampu membentuk murid yang lebih menitik beratkan ilmu pengetahuan agar mereka mampu mengamalkannya sepanjang hayat dengan cara yang lebih tersusun dan kemas. Dengan itu, generasi akan datang mampu menjadi insan yang lebih berkredibiliti untuk membangunkan negara menggunakan ilmu yang luas dan kebijaksanaan pengurusan menerusi pendidikan yang diterapkan sejak mereka kecil lagi.
CIRI-CIRI PENGURUSAN MAKLUMAT
Sistem pengurusan Pengajaran (SPP) adalah satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara amnya, SPP merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. SPP digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan.
Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran
b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia
c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran
Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:
• Maklumat mata pelajaran
• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat
• Kemudahan komunikasi
• Kemudahan penilaian
Sistem pengurusan Pengajaran (SPP) adalah satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara amnya, SPP merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. SPP digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan.
Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran
b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia
c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran
Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:
• Maklumat mata pelajaran
• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat
• Kemudahan komunikasi
• Kemudahan penilaian
Kepentingan Sistem Pengurusan
Sistem Pengurusan Pembelajaran ( Learning Management System ) merupakan satu perkara yang penting kepada diri kita. Banyak kepentingan yang boleh didapati serta digunakan. Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masa dengan lebih efektif.
Adakah LMS ini sangat efektif? LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan kita sebagai pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berdiskusi dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.
Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor dan pengurus pusat pembelajaran.Kelebihan LMS kepada pelajar adalah dapat merancang pembelajaran, berinteraksi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.
Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dapat menyalur bahan daripada pelbagai sumber. Bagi pengurus kursus, kepentingan yang diperoleh daripada LMS adalah dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.
KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
Sistem Pengurusan Maklumat (SPP) meliputi teknologi yang memudahkan tugasan semua orang, selain meliputi internet, SPP juga merangkumi hamparan elektronik seperti Microsoft Word, Power Point dan sebagainya. Dengan kewujudan aplikasi-aplikasi yang canggih ini, kita semua hendaklah memanfaatkannya untuk perkara yang berfaedah terutamanya dalam bidang pendidikan bagi membolehkan generasi X, Y dan Z menyerap pembelajaran dengan mudah dan terus mengamalkannya hingga mereka meniti alam kedewasaan.
Antara kegunaan SPP ialah membantu tenaga pengajar menyampaikan pembelajaran dengan cepat dan berkesan. Dengan itu, sebarang jenis kerosakan atau kehilangan pada dokumen pembelajaran misalnya nota dapat dielakkan dan nota ini juga dapat dihias dengan cepat dan mudah dengan menggunakan pelbagai corak dan warna yang dapat dijangkau dengan lebih luas bagi menimbulkan keseronokan dan merangsang pembelajaran di dalam dan luar kelas. Oleh itu, murid-murid dapat menyerap pembelajaran dengan lebih cepat dan membolehkan mereka mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat ekoran ilmu yang dapat ditukar menjadi suatu hiburan yang memberi kesan positif kepada mereka hingga ke alam kedewasaan.
Seterusnya, SPP membolehkan kita menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan. Ini membolehkan pelajar dari seluruh negara berhubung untuk bertukar maklumat sebagai perkongsian bagi menambahkan pengetahuan. Kebiasaannya, laman web Schoology digunakan untuk bertukar pengetahuan dan pendapat antara pelajar bagi membuka minda mereka tentang kepelbagaian dan keluasan ilmu pengetahuan. Oleh itu, pelajar dapat menggunakan ilmu yang mereka peroleh bagi meningkatkan kreativiti dan membantu mereka untuk berfikir di luar kotak.
Di samping itu, kelas pendidikan jarak jauh dapat diajar menerusi media lain. Hal ini membolehkan pelajar kekal berinteraksi dengan pengajar sungguh pun mereka berada di jarak yang berasingan. Kini, sistem pendidikan banyak menggunakan sidang video bagi menghubungkan pelajar dengan pengajar dari jarak jauh, kini banyak digunakan di institut pengajian tinggo. Maka, aktiviti pembelajaran dapat diteruskan tanpa terganggu dengan ketiadaan tenaga pengajar.
Tambahan lagi, kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang yang berkenaan dapat diselia atau untuk memberi nasihat akademik. Dalam konteks ini, penyelia mampu menilai kemajuan yang dicapai oleh pelatih dan pelajar, seterusnya membimbing golongan ini bagi meningkatkan prestasi. Oleh itu, tiada lagi pengabaian kepada mana-mana golongan dan hak mereka untuk memperoleh kecemerlangan mampu diperkukuhkan.
Akhir sekali, pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web. Oleh itu, pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Hal ini amat memudahkan pelajar untuk mencari maklumat tanpa batasan sekiranya pelajar mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan yang mungkin tidak diulang cetak atau sukar diperoleh.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua tenaga pendidik hendaklah menggunakan sistem pengurusan pembelajaran ini bagi mengajar murid untuk menjadi lebih proaktif dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Dengan itu, generasi kini dan akan datang akan lebih cekap untuk menimba ilmu dengan bitara bagi membolehkan Malaysia dikenali dengan pelajarnya yang berdisiplin, tersusun dan cekap dalam menjalankan semua urusan.